Sunday, September 09, 2007 10:27:00 AM
just wanna share my thoughts wif u peeps
okok..
the 1 week holiday is gonna be over for everione.
haha.but this holiday reallie didnt mean anithing to me.
all i did was studie.studie n more studie.
N level has began.
but im not totallie readie for ani of the next month papers.
agggghhh..damn stress.
hums..skip all the shyts bout studies lar hor..
i guess im gonna share sth which i wrote last week..
just wanna get the opinion of all u peeps who reads my bloggie.
::here goes..::
cinta..
apakah ertinya cinta sejati?
soalan yang mempunyai seribu-satu jawapan.
tapi pada ku, cinta sejati bererti cinta yang suci dan jujur.
sayang..
pernahkah engkau melafazkan kata sayang?
walaupun hanya sekali,
adakah ia secara paksaan atau secara ikhlas yang datang dari hati kecil itu?
cuba engkau fikirkan dan barulah engkau lafazkannya.
kejujuran atau keikhalasan..
adakah percintaan yang engkau alami selama ini jujur dan ikhlas?
mungkin ia dan juga mungkin tidak.
engkau tidak pernah terfikir jikalau perasaan engkau padanya itu jujur atau tidak!
dan pernahkah engkau faham ertinya percintaan?
[[Dengan senangnya engkau melafazkan janji-janji palsu tapi itu semua hanya sementara.
Kerana perjanjian yang palsu memang senang untuk dilafazkan.
Percintaan yang ikhlas dan suci akan menjadi benar jika seseorang itu ikhlas dan jujur.
Dari pengalaman aku, cinta yang aku selalu inginkan untuk kekal sering putus di tengah.
Hanya kerana dia telah menemui seseorang yang lebih menarik ataupun die memang sengaja ingin menyakiti hatiku.
Selalu sahaja perkara ini berlaku tetapi tiada satu pun yang peduli akan perasaanku ini.
Aku menderita dalam kegelapan. aku tidak berani menentang sesiapa. tetapi selepas peristiwa itu berlaku, aku mula merasa lebih berani.
Selama ini, perasaan aku pada mereka semua jujur dan ikhlas.
Tetapi mengapa mereka tidak dapat menerimanya?
kesedihan hati kecilku ini masih belum terawat.]]
((Aku sedar akan siapa didriku sebenarnya.
Tetapi adakah itu caranya untuk membalas percintaan aku yg tulus dan suci?
Aku tidak pernah merasakan benci walaupun aku tahu engkau telah menyakiti hatiku.
Aku cuba kuatkan semangat untuk melawan kesedihan itu.
Tapi kadangkala, bila terkenang semula peristiwa yang berlaku..
Dengan tidak tertahan lagi, air mataku mengalir tanpa henti.
Walaupun aku sudah dapat melupakannya, hatiku ini tetap terasa sakit sekali.
Aku hairan akan peranggai semua lelaki yang pernah aku kenal.
Mereka tidak pernah melafazkan kata 'maaf' setelah melakukan kesilapan.
Kalaulah mereka merasakan apa yang pernah aku lalui, aku rasa barulah mereka akan mengerti akan perasaan seorang wanita..))